Penghantaran & Pemulangan
Dihantar dari Malaysia, dibungkus kukuh, pampasan jika rosak.
Masa penghantaran
- Produk stok sedia ada dihantar dalam 1–2 hari bekerja selepas pesanan.
- Model pra-pesanan atau dalam penambahan stok akan dinyatakan tarikh anggaran pada halaman produk.
- Semasa cuti umum dan jualan besar, mungkin lewat 1–2 hari.
Kos penghantaran (Malaysia)
- Semenanjung: percuma untuk pesanan RM 200 ke atas, RM 10 jika kurang.
- Sabah, Sarawak & Labuan: percuma untuk pesanan RM 400 ke atas, RM 20 jika kurang.
- Singapura: dari RM 35, mengikut berat.
Pembungkusan
- Setiap model dibalut buih dua lapis dalam kotak tebal; badan model dan kotak diasingkan dan diikat.
- Kerosakan semasa penghantaran ditanggung oleh kami — hantar gambar dalam 48 jam dan kami ganti atau pulangkan wang.
Pemulangan
- Belum dibuka dan kotak elok: boleh dipulangkan dalam 7 hari, kos penghantaran ditanggung pembeli.
- Kecacatan (kurang bahagian, cat cacat, rosak): kami tanggung kos dua hala, pulangan penuh atau ganti baharu.
- Produk yang telah dibuka, dipasang atau rosak akibat pengguna tidak boleh dipulangkan.
Cara bayaran
- Pindahan bank (Maybank / CIMB / Public Bank)
- DuitNow dan kod QR
- Kad kredit / debit melalui gerbang bayaran
- Bayar bila terima (sebahagian kawasan Semenanjung)